Saturday, August 8, 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH BATU GAJAH (MDBG) PERAK

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut:-

1. PEMBANTU PENGUATKUASA N17
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N17
3. PEKERJA AWAM R1

PEMOHONAN:-

1. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDBG1 yang boleh didapati dengan bayaran RM2.00 atau mengirim sampul surat beralamat sendiri berukuran 32cm x 22cm berserta Wang Pos RM2.00 dan bersetem 50 sen kepada alamat seperti yang tercatat dibawah atau mengambil sendiri di Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 1, Majlis Daerah Batu Gajah, Jalan Haji Abdul Wahab, Batu Gajah.

2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Diploma/Sijil Persekolahan, surat beranak, kad pengenalan dan gambar berukuran passport.

3. Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dengan menyertakan salinan Penyata Perkhidmatan bertaip yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahunan.

4. Alamat Permohonan:-

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH BATU GAJAH,
JALAN HAJI ABDUL WAHAB,
31000 BATU GAJAH

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.mdkb. gov.my

Tarikh Tutup : 19 Ogos 2009

No comments:

Post a Comment