Wednesday, July 15, 2009

JAWATAN KOSONG DI INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

1.1 (a) Jawatan : Fellow (Gred 48)

(b) Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

(c) Taraf Jawatan : Tetap

(d) Tempoh Percubaan : 2 Tahun


1.2 Jadual Gaji :
RM4,875.43 x RM222.64 – RM6,656.55

(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)


1.3 Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

* Warganegara Malaysia;

* Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana (Master) daripada Universiti-universi ti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia di dalam bidang:

(i) Pengurusan Perniagaan; atau
(ii) Pentadbiran Awam; atau
(iii) Pembangunan Sumber Manusia; atau
(iv) Komunikasi Korporat; atau
(v) Pengajian Islam

* Mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada 6 tahun di Institut Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan di sektor awam atau swasta;

* Telah menghasilkan kajian yang bernas dan bermutu tinggi dalam bidang-bidang tersebut atau bidang-bidang berkaitan yang sesuai mengikut pertimbangan IKIM; dan

* Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik; pengalaman bekerja; berkemahiran menggunakan komputer; kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris serta pendidikan agama.

* Mempunyai pengalaman dibidang latihan dan membangunkan modul-modul latihan

1.4 Bidang Tugas :
Bertanggungjawab menjalankan projek penyelidikan dan menghasilkan penerbitan bermutu dalam tema dan bidang yang sesuai dengan objektif dan fungsi IKIM di samping menyelia dan meyelaras kerja-kerja penyelidik.

Cara Permohonan

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-

a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189

sebelum atau selewat-lewatnya pada 17/07/2009 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.

No comments:

Post a Comment